Seperti yang termaktub
di dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), semua pengendali makanan adalah wajib untuk
menghadiri Kursus Pengendalian Makalan.
Siapakah Pengendali Makanan?
Sesiapa yang:
· Terlibat
secara langsung dalam penyediaan makanan
· Menyentuh
makanan atau permukaan yang menyentuh makanan
· Mengendalikan
makanan berbungkus atau tidak berbungkus (termasuk pemandu lori
dan forklift)
Maka mana-mana
pengendali makanan yang bekerja di sektor-sektor berikut adalah diwajibkan
untuk menghadiri Kursus Pengendalian Makanan:
· Kilang
Makanan atau Gudang Penyimpanan Makanan
· Premis
Makanan (Kantin Sekolah/ Pejabat/ Kilang, Kiosk, Gerai, Restoran, Katering dan
Pasar Malam)
· Hotel,
Motel & Resort
· Pusat
Jagaan/ Asuhan/ Bimbingan Kanak-Kanak
· Kedai
Kek & Bakeri
· Penyedia
Makanan untuk Sektor Minyak & Gas di Luar dan Pesisir Pantai
· Pasaraya
dan Hipermarket
· Lain-Lain
Industri yang Berkaitan
Pengendali Makanan boleh
dikenakan denda sehingga tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara maksimum dua
(2) tahun atau kedua-duanya sekali, atau dikenakan tindakan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan jika didapati tidak menghadiri kursus ini.
Kandungan
Program:
Program ini merangkumi topik-topik berikut:
Program ini merangkumi topik-topik berikut:
· Akta
Makanan 1983
· Peraturan
Kebersihan Makanan 2009
· Tanggungjawab
Pekerja dan Majikan
· Kebaikan
Mengamalkan Kebersihan
· Pemakanan
yang Sihat
· Kebersihan
& Keselamatan Makanan
· Kualiti
Makanan dan Pencemaran Makanan
· Agen
Pencemaran; Penyakit Bawaan Makanan
· Pencemaran
Makanan dan Cara Mengelakkannya
· Pencucian
& Sanitasi
· Kawalan
Sisa Buangan dan Kawalan Makhluk Perosak
· Kebersihan
Premis, Pekerja dan Etika Kerja



